Friday, December 25, 2009

Memberi yang terbaik

Sejak anak pertama mama mmg berazam menyusukan baby sepenuhnya.Cabaran anak pertama dilalui dengan jayanya. Untuk Ammar pun mama berazam bersungguh2 untuk menyusukan Ammar.LAhamdulillah walaupun pada awalnya sukarnya menyusukan Ammar tetapi selepas mama berjumpa pakar laktasi dan paed, masalah tersebut dapat mama selesaikan. Lihat sini entry masalah penyusuan Ammar.


Sebagai persediaan untuk memastikan Ammar tidak ada measalah menyusu lagi, mama membeli beberapa keperluan yang difikirkan penting dan dapat memudahkan mama sbg ibu bekerja yang menyusukan anak.Botol anti colic ni mama beli bila mama tgk ammar ada problem kembung....alhamdulillah selepas pakai botol ini kembung Ammar sgt berkurang. mama beli di sarakids. Kat sini byk baby items dijual.beli online pun boleh.tapi mama pergi kekedainya sbb Puan Farah owner Sara kids pakar laktasi yang mengesan masalah tongue tie ammar. Puan Farah pun ada buat entry ttg masalah Ammar.

beg ni mama bawa kejer setiap ari.cantik dan sgt berguna untuk simpan susu yang mama perah di opis


botol susu mama beli dari momslittleones
mama beli online ajer...cepat betul sampai.botol2 ni mama guna untuk simpan stok susu dalam peti sejuk



Friday, December 4, 2009

Ammar at 2months



Cepat ajer masa berlalu. Alhamdulillah Ammar menunjukkan banyak peningkatan. Dari seberat 3.58 masa lahir sekarang Ammar dah 5.08 kg!. Ammar pun dah takde masalah menyusu lagi...dia boleh minum terus susu dari mama...syukur...
Tapi Ammar ni sangat la kuat minum susu...3 jam sekali sebanyak 4oz...wow..mama berdoa semoga mama mampu mnyusukan ammar sepenuhnya sehingga 6 bulan walaupun mama sgt risau tak mampu dan supply secukupnya susu kat Ammar..