Friday, December 17, 2010

Little Chef

Si kecik ini sekarang hobinya 'menata rias' dapur...
habis semua disepahkan..tepung ditabur atas lantai....loyang, sudip semuanya nak 'dibersihkan'

Ammar dah tau dimana mixer, dimana boleh dapat buttercream yang dia suka tu...mana biskut untuk buat cheese kek....ho ho ho....
Kalau dia didapur mulut mama dan abah akan seperti bertih jagung..
maaf la neigbours semua yer...kot2 suara kami mengganggu ketenteraman awam
Maklumlah sikecil ini suka membuat ' onar' di dapur kami
Belilah apa juga toys yang sgt menarik dan tertarik kau mmg D'Booom...
ruang dapur juga kegemaran hatinya!
Apa2 ajerla....

Sedang dalan mode kehappyan yang tidak terkata!


Mcm pelumba F1 pulak


Gimnastik acara gelung kaki..ahaksss



Posing jap...cheeewaaahh

Thursday, December 2, 2010

Me and Kakak

Sejak adik dah pandai jalan ni, adik dah pandai gaduh ngan kakak
Rebut2 toys dengan kakak
cakar cakar
tarik rambut kakak
Kakak yang ngembeng pun nangis
bila adik tgk kakak nangis adik tepuk tangan...wah wah wah kemain lagi adik ni

Walaupun suka gaduh2 adik tetap sayang kakak
kakak tetap sayang adik kan...






Friday, November 5, 2010

Nanny ku sayang

Riang ria dalam gaya santainya.
Gambar ni ni Batu pahat
Rumah Opah Milah ( Opah Kak Long)
Selepas dua hari penat beraya di Bt Pahat destinasi terakhir di rumah opah Milah...
Tgkla suka ajer...
Mana tak suka jumpa Cik Nanny yang rajin membelai dan memanjanya...
Mandi ditimang..
tidor didodoi

Cik nanny oh cik nanny
bila lagi nak datang rumah








Saturday, September 11, 2010

First Time lah

Tahun ni kali pertama Ammar meraikan aIDILFITRI.
Walaupun kali pertama, tapi tahun lepas Ammar dah rasa lemang rendang biskut raya dan semua menu hari raya. Raya tahun lepas mama makan banyak masa mengandungkan Ammar,....so Ammar pun tumpang makan la..:-)
Tahun ni best..Mama belikan 3 pasang baju melayu untuk Ammar..melaram habis la..

Dalam persalinan hijau sambil nyanyi pok amai amai


With Abah, Mama dan Kak Chor Una.
.

Malam raya lepas tolong mama masukkan duit dalam sampul. Ammar dan kakak kegembiraan


With Abah...like father like son


Second raya. Nangis kejap sbb panas sgt cuaca diluar


Dah ok..dalam pelukan mama


Mengantuk la...mana buaian ni..aiseymen penuh la pulak


With Kak Long tersayang. Ehhhh macam sama la kita!

Friday, September 3, 2010

Lepak2 di kampung

Bila di kampung paling besh ruang yg luas untuk Ammar explore...merangkak boleh jauh2..sampai keluar pintu..besh2...bila atok pasang tile di luar rumah makin best..dah jadi tempat Ammar berlatih untuk berjalan pulak....
Bila Ammar letih, mama bagi susu terus lena dalam buai.................

Kalau tiap minggu balik kg kan best!





Saturday, August 7, 2010

Ammar jangan merajuk

Sejak akhir-akhir ini Ammar suka merajuk. Pantang silap sikit dia akan merajuk. Dengan gaya muka serta hentakan kaki ajer mama dah tau Ammar merajuk.Tapi yang best nak pujuk senang ajer...peluk kuaT2 pastu cium bertubi2...hilang la rajuknya...
Aiseymen Ammar kan lelaki..tak best la merajuk2 ni




Tuesday, July 27, 2010

Kenapa begitu sekali

Kenapalah Ammar ni tidur berkerut2 dahinya. Susah hati pasal apa?
kan sedap ajer tido atas bahu nmama yg gebu tu....?
Ammar pikir apa? Harga gula naik yer...Sian abah kan..gula naik harga kek tak naik..jgn kek tak naik dah la..nanti bantat lak....

Cubalah Ammar tido sambil senyum
mesti lagi comel kan