Friday, June 1, 2012

Dah Jadi Abang

Ammar dah jadi abang 22 Mei Ammar dapat adik boy Mama ingat Ammar akan jadi cemburu, akan lebih banyak ragam dsb Rupanya sikap Amamr sgt berubah. Sangat menjaga adiknyapantang adiknya merengek sikit terus ditepuk2 dan suruh jgn menangis sambil berkata..'abang kan ada" Sekarang jangan panggil dia Amamr@adik lagi. Panggil dia Abang(ini mmg permintaannnya) Cuma satu ajer yang tak berubah.... Ammar masih nak tidor bawah ketiak mama so tiap malam adik terpaksa beralah dengan abang. Tiap malam adik tidur dengan abah. Ammar tetap tidur bawah ketiak mama!


Friday, April 6, 2012

Ammar dan sardin

Peberet Ammar.... Nasi dengan sardin! kalau Amamr dan kakak makan satu tin sardin untuk mereka berdua ajer. Nasi dua pinggan setiap sorang. Tengoklah betapa cerianya Amamr dapat makan nasi dengan sardin. Ini dia yang beria2 suruh ambil gambar dia Sambil tersengih tak sudah!




Wednesday, March 14, 2012

Nak Mama

Anak teruna sorang ni memang terlebih sikit manjanya. Tak macam kakaknya yang lebih tegas, lebih berdikari. Setiap masa nak mama Sampai mama nak pergi toilet pun nak ikut. Kalau tengah malam mama bangun nak pergi toilet cepat ajer sedar..terus menangis tanpa henti sampai la nampak kelibat mama Nak tidur pulak mesti bawah ketiak mama...alahai teruna ku...Jgn sampai beso gini dah la... Tapi hati mama terusik juga.. Bila setiap pagi Ammar buka mata , mama takder dia akan menangis tersedu sedan sebegitu sekali..dan akhirnya tertidur sebegini ruper... Ohh anak..mama keluar awal rumah mencari rezeki untuk kita semua... Sob Sob Sob.....( Adakalanya terfikir alangkah baiknya kalau menjadi suri sepenuh masa...:-)

Tuesday, February 14, 2012

First time solat Jumaat

Kali pertama Ammar ikut abah sembahyang Jumaat Risau juga awalnya. Sbb Ammar ni mana boleh duduk diam. Tapi alhamdulillah abah kata Ammar baik. Duduk diam dan ikut solat. Bila mama balik opis sibuk dia cerita pengalaman solat jumaat di Masjid. Dia kata nak pergi lagi. Ok la My Imam Muda.... p/s: Muka berparut2 penangan chicken pox. Tak baik sepenuhnya lagi


Friday, January 20, 2012

Second time

Kali kedua Ammar kena ambil nab Walaupun doktor kata masih belum tahap asma tapi simptom ada. Sekarang bila Ammar selesema ajer dan batuk kena hati2 sbb pernafasannya mmg macam orang asma. Sian mama tengok...So Ammar..no orange and anggur lagi yer.... I love u so much

Saturday, January 7, 2012

Sian Ammar

Sian Ammar
dah lama nak cuba nak buat sign PEACE menggunakan jari
Tapi masih tak berjaya hingga hari ini.
Walaupun kakak dah beriya2 ajar, tapi jari Ammar masih keras belikang lagi...
kadang2 dia frust...tapi selalunya dia selamba ajer...
tak boleh pakai tangan , dia jerit kuat2..PEACE.
Ok anak cuba lagi hingga berjaya yer


try sampai 2 tgn. tak berjaya jugak


ishhh mana satu jari kena patahkan ni...kompius la


senam dulu la...


Napala kakak aku ni buat senang ajer


try lagi..alamak tak berjaya jugak


camni la adikkkk

Thursday, November 10, 2011

Krisis Identiti

Ini kerja Abang A'an
Cuba bagi krisis identiti pada Ammar.
Hilang sekejap kemachoaan Ammar
Terus tukar ayu gitu.
tudung mama jadi mangsa