| Add caption |
Friday, June 8, 2012
Nyenyak dalam troli
Cuti sek 2 minggu.
Dua minggu la Ammar lepak kat rumah.
Setiap hari ikut abah kemana sahaja.
Janji: JGN MERAGAM> BARU BOLEH IKUT ABAH.
Bila dah ngantuk sgt pun tak boleh menangis.
Sampai tertidur nyenyak dalam troli bersama lolipop dalam mulut
Friday, June 1, 2012
Dah Jadi Abang
Ammar dah jadi abang
22 Mei Ammar dapat adik boy
Mama ingat Ammar akan jadi cemburu, akan lebih banyak ragam dsb
Rupanya sikap Amamr sgt berubah.
Sangat menjaga adiknyapantang adiknya merengek sikit
terus ditepuk2 dan suruh jgn menangis sambil berkata..'abang kan ada"
Sekarang jangan panggil dia Amamr@adik lagi.
Panggil dia Abang(ini mmg permintaannnya)
Cuma satu ajer yang tak berubah....
Ammar masih nak tidor bawah ketiak mama
so tiap malam adik terpaksa beralah dengan abang.
Tiap malam adik tidur dengan abah.
Ammar tetap tidur bawah ketiak mama!
Friday, April 6, 2012
Ammar dan sardin
Peberet Ammar....
Nasi dengan sardin!
kalau Amamr dan kakak makan satu tin sardin untuk mereka berdua ajer.
Nasi dua pinggan setiap sorang.
Tengoklah betapa cerianya Amamr dapat makan nasi dengan sardin.
Ini dia yang beria2 suruh ambil gambar dia
Sambil tersengih tak sudah!
Wednesday, March 14, 2012
Nak Mama
Anak teruna sorang ni memang terlebih sikit manjanya.
Tak macam kakaknya yang lebih tegas, lebih berdikari.
Setiap masa nak mama
Sampai mama nak pergi toilet pun nak ikut.
Kalau tengah malam mama bangun nak pergi toilet cepat ajer sedar..terus menangis tanpa henti sampai la nampak kelibat mama
Nak tidur pulak mesti bawah ketiak mama...alahai teruna ku...Jgn sampai beso gini dah la...
Tapi hati mama terusik juga..
Bila setiap pagi Ammar buka mata , mama takder dia akan menangis tersedu sedan sebegitu sekali..dan akhirnya tertidur sebegini ruper...
Ohh anak..mama keluar awal rumah mencari rezeki untuk kita semua...
Sob Sob Sob.....( Adakalanya terfikir alangkah baiknya kalau menjadi suri sepenuh masa...:-)
Tuesday, February 14, 2012
First time solat Jumaat
Kali pertama Ammar ikut abah sembahyang Jumaat
Risau juga awalnya. Sbb Ammar ni mana boleh duduk diam.
Tapi alhamdulillah abah kata Ammar baik. Duduk diam dan ikut solat.
Bila mama balik opis sibuk dia cerita pengalaman solat jumaat di Masjid.
Dia kata nak pergi lagi.
Ok la My Imam Muda....
p/s: Muka berparut2 penangan chicken pox. Tak baik sepenuhnya lagi
Friday, January 20, 2012
Second time
Kali kedua Ammar kena ambil nab
Walaupun doktor kata masih belum tahap asma tapi simptom ada.
Sekarang bila Ammar selesema ajer dan batuk
kena hati2
sbb pernafasannya mmg macam orang asma.
Sian mama tengok...So Ammar..no orange and anggur lagi yer....
I love u so much
Saturday, January 7, 2012
Sian Ammar
Sian Ammar
dah lama nak cuba nak buat sign PEACE menggunakan jari
Tapi masih tak berjaya hingga hari ini.
Walaupun kakak dah beriya2 ajar, tapi jari Ammar masih keras belikang lagi...
kadang2 dia frust...tapi selalunya dia selamba ajer...
tak boleh pakai tangan , dia jerit kuat2..PEACE.
Ok anak cuba lagi hingga berjaya yer
try sampai 2 tgn. tak berjaya jugak

ishhh mana satu jari kena patahkan ni...kompius la

senam dulu la...

Napala kakak aku ni buat senang ajer

try lagi..alamak tak berjaya jugak

camni la adikkkk
dah lama nak cuba nak buat sign PEACE menggunakan jari
Tapi masih tak berjaya hingga hari ini.
Walaupun kakak dah beriya2 ajar, tapi jari Ammar masih keras belikang lagi...
kadang2 dia frust...tapi selalunya dia selamba ajer...
tak boleh pakai tangan , dia jerit kuat2..PEACE.
Ok anak cuba lagi hingga berjaya yer
try sampai 2 tgn. tak berjaya jugak
ishhh mana satu jari kena patahkan ni...kompius la
senam dulu la...
Napala kakak aku ni buat senang ajer
try lagi..alamak tak berjaya jugak
camni la adikkkk
Subscribe to:
Posts (Atom)